Karier Kay Khydir

Kay memulakan karier seninya dengan menghadiri ujibakat program realiti popular terbitan Astro iaitu Akademi Fantasia Musim 9 pada tahun 2011 dimana ketika itu Astro membuat pengumuman rasmi bahawa program AF9 adalah musim yang terakhir bagi siri Akademi Fantasia sejak 2003. Beliau berjaya terpilih diantara 12 pelajar yang mengikuti sesi pembelajaran dirumah kaca akademi tersebut. [2] Namun kali ini rezeki tidak berpihak kepadanya apabila beliau tersingkir di konsert minggu keenam berikutan undian SMS yang tidak memihak kepadanya ketika itu. [3] Setelah keluar daripada Akademi Fantasia, beliau mula mengeluarkan lagu duet bersama abangnya, yang berjudul "Bertarung Sampai Akhir". Ketika itu jugalah beliau ditawarkan untuk berlakon dalam drama-drama tempatan sebagai pelakon pembantu dan sampingan. Malah beliau juga telah melebarkan sayap lakonannya daripada drama ke layar filem. Beliau mula berlakon dalam filem Oh Mak Kau sebagai watak sampingan pada tahun 2013. Kemudian beliau ditawarkan untuk berlakon filem Gila-Gila Remaja 2 dan dimana turut menyumbangkan suaranya untuk lagu "Cinta Lara" dimana beliau berduet dengan rakan seperjuangannya di AF9, Ayda Jebat dalam menyanyikan lagu runut bunyi dalam filem tersebut. Setelah hampir 7 tahun beliau dikenali sebagai pelakon, rakan baiknya iaitu Shiha Zikir menawarkannya untuk bernaung dibawah syarikatnya SZ Entertainment dan kemudian merakamkan single pertamanya yang berjudul "Bukan Bahagiaku" yang diterbitkan oleh syarikat rakaman LMA Talent House Sdn Bhd pada 10 November 2018. [4]